My Toolbar

Get our toolbar!

Tuesday, October 8, 2013

Serunding Daging/Ayam/Ikan

1.1       Serunding Daging/Ayam/Ikan


Bahan-bahan
1kg daging, tak perlu dipotong - direbus hingga empuk, kemudian disiat halus-halus
2 biji kelapa, ambil santan pekat sahaja

Bahan-bahan kisar
15- 20 biji cili kering atau mengikut pedas yang diingini
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar ketumbar         ] bahan ini
½ sudu jintan manis               ] disangai dulu
½ sudu jintan putih                ] hingga wangi
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara Membuatnya
1.      Didihkan santan dalam kuali hingga keluar minyak muda.  Masukkan bahan-bahan kisar dan terus kacau hingga wangi dan rempahnya masak. 
2.     Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa diikuti dengan daging yang telah disiat-siatkan tadi.  Kecilkan api dan terus dikacau sampai kering.

ps: 
·          satu lagi cara untuk memasak serunding ialah dengan mencampurkan kesemua ramuan ke dalam santan dan dikacau sehingga kering, tetapi proses memasaknya memakan masa yang agak lama.

·          untuk memudahkan proses menyiat daging ialah dengan cara mengetuk daging yang telah direbus tadi dengan menggunakan lesung hingga lembut, barulah boleh disiat-siat.

No comments: