My Toolbar

Get our toolbar!

Tuesday, October 8, 2013

Mee Jawa

1.1        Mee Jawa


Bahan-bahanya
500 gm mee kuning dicelur
sedikit taugeh, dicelur
2 biji cili merah, dihiris
sedikit daun sup dan daun bawang
2 biji telur rebus, dibelah 4
4 biji limau kasturi, dibelah 2

Cara Menyediakannya
1.      Sendukkan mee ke dalam mangkuk. 
2.     Taburkan bahan hiasannya dan tuangkan kuah. 
3.     Hidangkan.

Kuahnya
4 biji bawang putih, diketuk
1 senduk air asam jawa
Minyak untuk menumis
1 keping dada ayam, dihiris halus
150 gm udang basah, buang kulitnya
sedikit lada sulah
garam, gula  dan serbuk perasa
4 helai kobis
2 batang sayur sawi
½ batang karot
sedikit bunga kobis
4 -5 mangkuk air rebusan ayam + 2 sudu besar tepung jagung

Cara Menyediakannya
1.      Panaskan minyak, tumiskan bawang putih. 
2.     kemudian masukkan garam dan gula serta serbuk perasa secukup rasa, diikuti dengan isi ayam dan udang dan juga sedikit lada sulah.
3.     Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan akhir sekali air rebusan ayam yang telah dicampur dengan tepung jagung.

Bila sayur telah empuk dan kuahnya pekat sedikit, bolehlah diangkat.  Hidangkan panas-

SAMBAL PETIS

SAMBAL PETIS

250g gula merah
½ botol sos tomato
½ botol sos cili
cili boh (giling) ikut suka, nak pedas letak lebih
5 sudu makan petis
Gula merah dan cili boh dimasak bersama 2 cawan air Masukkan sos tomato, sos cili dan petis hingga mendidih.

Cara Menggulung Popiah
·         Sapukan popiah dengan sambal petis. Aturkan sehelai daun salad di atasnya.

·         Bubuh pula sengkuang isi ketam, telur, udang timun dan sapukan dengan sambal cili padi Gulung rapi dan hidangkan 

Pizza

Pizza


Untuk dough :
500 g tepung gandum
1 sudu besar yis (mauripan)
1 sudu besar tepung susu
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 subu besar oregano
2 sudu besar minyak zaitun
1 cawan air ( boleh tambah kalau tak cukup)

Bahan-bahan di atas dicampurkan dan diuli. Kemudian biarkan dough tu naik sendiri.

Layer sos:
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 cawan air (kurang pun takpe)
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)

Bahan-bahan diatas dicampurkan dan diletak atas api. Tak perlu bubuh minyak. Kacau sampai agak likat.

Layer sos ini untuk disapukan di atas dough sebelum diletak topping yang lain supaya pizza berasa juicy dan tak rasa kering.

Topping & sos:
Minyak
1-2 sudu besar serbuk cili (ikut kepedasan)
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Oregano

Cara-cara

·         Untuk bahan-bahan topping terpulang pada anda. Boleh letak daging ayam cincang, sausage, nenas, cili capsi*****, mozarella cheese, etc. Mula-mula tumis dulu kesemua bahan-bahan daging tu, kemudian baru masukkan bahan-bahan di atas.


·         Pesanan cikgu memasak tu : selepas sapu layer sos pada dough , taburkan sedikit cheese supaya ia dapat memegang topping2 tadi so masa kita gigit dia tak jatuh-jatuh. selepas bubuh topping, taburkan lagi cheese mozarella tu.

Serunding Daging/Ayam/Ikan

1.1       Serunding Daging/Ayam/Ikan


Bahan-bahan
1kg daging, tak perlu dipotong - direbus hingga empuk, kemudian disiat halus-halus
2 biji kelapa, ambil santan pekat sahaja

Bahan-bahan kisar
15- 20 biji cili kering atau mengikut pedas yang diingini
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar ketumbar         ] bahan ini
½ sudu jintan manis               ] disangai dulu
½ sudu jintan putih                ] hingga wangi
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara Membuatnya
1.      Didihkan santan dalam kuali hingga keluar minyak muda.  Masukkan bahan-bahan kisar dan terus kacau hingga wangi dan rempahnya masak. 
2.     Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa diikuti dengan daging yang telah disiat-siatkan tadi.  Kecilkan api dan terus dikacau sampai kering.

ps: 
·          satu lagi cara untuk memasak serunding ialah dengan mencampurkan kesemua ramuan ke dalam santan dan dikacau sehingga kering, tetapi proses memasaknya memakan masa yang agak lama.

·          untuk memudahkan proses menyiat daging ialah dengan cara mengetuk daging yang telah direbus tadi dengan menggunakan lesung hingga lembut, barulah boleh disiat-siat.